“Maghrib Macam Makkah, Isyak Macam Madinah” @ Jelajah Sheikh Saad Nomani ke Malaysia: Menghidupkan Ruh al-Qur’an di Hati Umat






“Maghrib Macam Makkah, Isyak Macam Madinah” @ Jelajah Sheikh Saad Nomani ke Malaysia: Menghidupkan Ruh al-Qur’an di Hati Umat 

1. Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia (هُدًى لِّلنَّاسِ):

هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ
"...sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang hak dan yang batil)."
Surah Al-Baqarah (2:185)

2. Al-Qur’an sebagai petunjuk dan rahmat untuk orang beriman:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
"Dan Kami turunkan dari al-Qur’an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..."
Surah Al-Isra’ (17:82)

3. Al-Qur’an membimbing kepada jalan yang lurus:

إِنَّ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ
"Sesungguhnya al-Qur’an ini memberi petunjuk ke jalan yang paling lurus..."
Surah Al-Isra’ (17:9)

4. Al-Qur’an sebagai cahaya dan petunjuk dari Allah:

قَدْ جَآءَكُم مِّنَ ٱللَّهِ نُورٌۭ وَكِتَـٰبٌۭ مُّبِينٌۭ • يَهْدِى بِهِ ٱللَّهُ مَنِ ٱتَّبَعَ رِضْوَٰنَهُۥ سُبُلَ ٱلسَّلَـٰمِ
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dari Allah dan Kitab yang jelas. Dengannya Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang mengikuti keredhaan-Nya kepada jalan keselamatan..."
Surah Al-Ma’idah (5:15-16)

5. Al-Qur’an sebagai penjelasan segala sesuatu:

وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ تِبْيَـٰنًۭا لِّكُلِّ شَىْءٍۢ وَهُدًۭى وَرَحْمَةًۭ وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ
"Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Qur’an) sebagai penjelas bagi segala sesuatu, petunjuk, rahmat dan khabar gembira bagi orang Islam."
Surah An-Nahl (16:89)

“Maghrib Macam Makkah, Isyak Macam Madinah” @ Jelajah Sheikh Saad Nomani ke Malaysia: Menghidupkan Ruh al-Qur’an di Hati Umat 

Putrajaya, 4 Julai 2025 – Siri Jelajah Sheikh Saad Nomani Madani, qari dan ulama tersohor dunia Islam, kini sedang berlangsung di pelbagai lokasi utama di Malaysia, membawa bersamanya kemeriahan tilawah al-Qur’an dan penghayatan mendalam terhadap kalamullah.

Sheikh Saad Nomani, yang berpangkalan di Madinah, terkenal kerana keupayaannya menguasai lebih 100 gaya bacaan al-Qur’an, termasuk gaya para imam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Beliau turut menerima pengiktirafan daripada Gabenor Makkah dan Madinah atas sumbangan besar beliau dalam dunia qiraat.

Sorotan Program Jelajah:

🕌 29 Jun 2025 (Ahad)
Masjid Prima Saujana, Kajang
Solat Maghrib & Isyak berjemaah bersama Sheikh Saad Nomani. (rakaman di https://www.facebook.com/reel/1779648029631536 dan https://www.facebook.com/reel/747319931085533)

🕌 30 Jun 2025 (Isnin)
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) (rakaman di  https://www.tiktok.com/@ikimfm.my/video/7522649130947120385)

🕌 1 Julai 2025 (Selasa)
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya
Solat Maghrib & Isyak; Sheikh mempersembahkan tahsin Surah al-Fatihah dengan gaya bacaan imam-imam Haramain. Turut hadir:

  • YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar (Menteri di JPM – Hal Ehwal Agama)

  • YB Senator Dr. Zulkifli Hasan (Timbalan Menteri)

  • Presiden ABIM

🕌 3 Julai 2025 (Khamis)
Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Turut hadir:

  • YB Menteri Agama

  • Ketua Polis Negeri Sembilan

  • Pengarah JHEAINS

  • Presiden ABIM

🕌 4 Julai 2025 (Jumaat)
Masjid Negeri, Seremban
Solat Jumaat bersama Sheikh Saad Nomani di atas jemputan MB Negeri Sembilan

🕌 4 Julai 2025 (Jumaat) 
Masjid Kariah Telok Kemang, Port Dickson
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani di atas jemputan MB Negeri Sembilan

🕌 5 Julai 2025 (Sabtu)
Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, KL
📌 Bengkel Pemantapan Imam & Bilal serta Tahsin Huffaz
⏰ 8.30 pagi – 4.00 petang
✅ PERCUMA & Terbuka kepada imam, bilal dan para huffaz dan semua insan yang berminat 

🕌 5 Julai 2025 (Sabtu malam)
Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, KL
Solat Isyak berjemaah serta Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani

🕌 6 Julai 2025 (Ahad pagi)
Kompleks Nasyrul Quran, Putrajaya
📌 Bengkel Cinta al-Qur’an Kanak-Kanak dan Remaja
⏰ 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
✅ PERCUMA & Terbuka kepada kanak-kanak dan ibu bapa

🕌 6 Julai 2025 (Ahad malam)
Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, KL
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani

🕌 7 Julai 2025 (Isnin)
Surau Haji Mohamed Sanusi, Aras BS, Menara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), KL
Masa: 12pm-1pm (Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani)

🕌 7 Julai 2025 (Isnin malam) 
Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani

🕌 8 Julai 2025 (Selasa malam) 
Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani

🕌 14 Julai 2025 (Isnin malam)
Masjid Negeri @ Shah Alam Selangor
Solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani

🕌 15 Julai 2025 (Selasa malam)
Masjid Wilayah 
Solat Maghrib berjemaah bersama Sheikh Saad Nomani

🕌 15 Julai 2025 (Selasa malam)
Masjid Megara
Solat Isyak berjemaah serta Tahsin Surah al-Fatihah bersama Sheikh Saad Nomani


Sokongan Padu Kepimpinan Negara

YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar menyifatkan kehadiran Sheikh Saad sebagai peluang besar untuk memperkasakan penghayatan al-Qur’an di Malaysia. Program ini adalah hasil usaha bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Sheikh Saad Nomani Academy dan institusi masjid terpilih di seluruh negara.


“Maghrib Macam Makkah, Isyak Macam Madinah”

Sheikh Saad memukau para jemaah dengan gaya bacaan penuh ruh dan ketepatan, menyerupai qari-qari masyhur dunia. Setiap lokasi jelajah menyaksikan masjid dipenuhi umat Islam yang rindu akan alunan merdu kalamullah, serta ingin mendalami ilmu bacaan dan penghayatan al-Qur’an daripada sumber yang autentik dan ikhlas.


Maklumat Lanjut & Media Sosial:

📍 Instagram: @abimalaysia
📍 Facebook: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) https://www.facebook.com/abimalaysia/?locale=ms_MY
📍 Facebook: Sheikh Qari Saad Nomani (Official)  https://www.facebook.com/sheikhqarisaadnomani/?locale=de_DE


Fastabiqul Khairat – Mari berlumba-lumba dalam kebaikan.
Semoga siri jelajah ini menjadi pemangkin kebangkitan cinta al-Qur’an dalam kalangan rakyat Malaysia.





 

Comments

Popular posts from this blog

Malaysia Mourns the Loss of Reformist and Advocate Haji Shahrul Aman Mohd Saari

"Nouman Ali Khan (From the U.S.) Live in Malaysia: Reclaiming Civilisation — The Qur’an, Public Policy, and the Battle for a Just Future"

Revitalising Hadith Scholarship in Malaysia: Shaykh Majd Makki’s Nationwide Tour Promotes Public Policy Grounded in Human Dignity, Peace, and the Happiness of Mankind through the Ijazah Sanad—A Living Link to the Words of the Prophetic Legacy